Wednesday, 26 June 2013
Friday, 14 June 2013
Kem Kesihatan 'I Want Sihat' di Kg. Lima Nabawan
Klinik Pergigian Besar Keningau telah dijemput untuk menjayakan Kem Kesihatan 'I Want Sihat' anjuran Klinik Kesihatan Nabawan yang diadakan di Mini Dewan 1 Malaysia Kg. Lima, Nabawan pada 26 April 2013. Seramai 5 orang penjawat awam Klinik Pergiian Besar Keningau telah menyertai program tersebut.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung akan kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan sihat selain mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan diantara penduduk kampung dengan anggota kesihatan.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Klinik Kesihatan Nabawan ialah ceramah, pameran, menderma darah dan pemeriksaan kesihatan. Klinik Pergigian Besar Keningau pula mengadakan pameran, pemeriksaan dan rawatan cabutan gigi secara percuma. Kem 'I Want Sihat ' ini telah dirasmikan oleh ADUN Nabawan iaitu YB Datuk Bobby Suan. Pegawai pergigian, Dr. Lim Chia Min tidak melepaskan peluang untuk menderma darah selepas pemeriksaan dan rawatan cabutan selesai.

YB Datuk Bobby Suan, ADUN Nabawan memberi ucapan perasmian
Sesi Pendaftaran sebelum pemeriksaan gigi dijalankan.
Rawatan cabutan
Pegawai Pergigian, Dr. Lim Chia Min sedang menderma darah
Secara keseluruhannya, kerjasama antara anggota kesihatan Klinik Kesihatan Nabawan, Klinik Pergigian Besar Keningau dan penduduk kampung amat memuaskan. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam memberikan kesedaran yang berterusan kepada masyarakat khasnya penduduk di pedalaman Sabah.
Tuesday, 11 June 2013
Kem Kesihatan di Kg. Minansut, Bingkor Keningau
Klinik Pergigian Besar Keningau telah menyertai Kem Kesihatan di Kg. Minansut, Bingkor Keningau pada 13 April 2013 anjuran Klinik Kesihatan Bingkor bersama Panel Penasihat Kesihatan Bingkor. Seramai 11 orang penjawat awam Klinik Pergigian Besar Keningau telah menyertai program tersebut .

Sesi bergambar bersama anggota Panel Penasihat Kesihatan dan kakitangan Klinik
Kesihatan Bingkor.
Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada mereka selain untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan diantara penduduk kampung dengan anggota kesihatan. Sasaran adalah semua penduduk Kg.Minansut, Bingkor dan penduduk kampung yang berdekatan.
Ceramah Pergigian
Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah pergigian bertajuk' Kanser Mulut' yang disampaikan oleh Dr. Mark Low Jun Fay serta pemeriksaan gigi secara percuma dan rawatan cabutan gigi. Selain rawatan pergigian, pemeriksaan kesihatan dan ceramah bertajuk 'Thalasemia' dan' Pemakanan Sihat' dari pihak kesihatan juga diadakan.
Pemeriksaan dan rawatan cabutan
Secara keseluruhannya, kerjasama antara pihak Klinik Kesihatan Bingkor, Klinik Pergigian Besar Keningau dan penduduk kampung adalah sangat memuaskan dalam menjayakan Kem Kesihatan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)