Wednesday 26 June 2013

Kekalkan Kesihatan dan senyuman anda....berkeyakinan menghadapi cabaran



     
JAUHI TABIAT MEROKOK..

Umum mengetahui bahawa merokok boleh mengakibatkan kanser paru-paru dan penyakit jantung tetapi..Tahukah anda kesan buruk kepada kesihatan pergigian???

Selain dari nafas berbau dan gigi berwarna kuning, merokok boleh mengakibatkan:

  • Penyakit gusi dan kehilangan gigi
  • Kanser mulut
  • Kekurangan deria rasa dan bau - makanan menjadi kurang menyelerakan
  • Luka mulut mengambil masa yang lama untuk sembuh
  • Berisiko melahirkan anak yang sumbing lelangit / bibir
Kesan buruk kepada kesihatan boleh dipulih kembali sekiranya anda berhenti merokok..
Lakukan pemeriksaan mulut sendiri dengan berkala...
Perhatikan tanda-tanda awal kanser mulut seperti:
  • Luka dan ulser mulut yang tidak pulih melebihi 2 minggu
  • Tompok-tompok putih atau merah 
  • Benjol atau ketumbuhan
  • Rasa kebas atau kesakitan dalam mulut
Berwaspada akan tanda-tanda penyakit gusi seperti:
  • Gusi berdarah
  • Gigi bergoyang
Dapatkan khidmat nasihat doktor perubatan/ pergigian untuk BERHENTI MEROKOK...


               
       





                                                                                        
        
       






Friday 14 June 2013

Kem Kesihatan 'I Want Sihat' di Kg. Lima Nabawan

 Klinik Pergigian Besar Keningau telah dijemput untuk  menjayakan Kem Kesihatan 'I Want Sihat' anjuran Klinik Kesihatan Nabawan yang diadakan di Mini Dewan 1 Malaysia Kg. Lima, Nabawan pada 26 April 2013. Seramai 5 orang penjawat awam Klinik Pergiian Besar Keningau telah menyertai program tersebut.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung akan kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan sihat selain mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan diantara penduduk kampung dengan anggota kesihatan.


Antara aktiviti yang dijalankan oleh Klinik Kesihatan Nabawan ialah ceramah, pameran, menderma darah dan pemeriksaan kesihatan. Klinik Pergigian Besar Keningau pula mengadakan pameran, pemeriksaan dan rawatan cabutan gigi secara percuma. Kem 'I Want Sihat ' ini telah dirasmikan oleh ADUN Nabawan iaitu YB Datuk Bobby Suan. Pegawai pergigian, Dr. Lim Chia Min tidak melepaskan peluang untuk menderma darah selepas pemeriksaan dan rawatan cabutan selesai.



 YB Datuk Bobby Suan, ADUN Nabawan memberi ucapan perasmian

Sesi Pendaftaran sebelum pemeriksaan gigi dijalankan.

Rawatan cabutan 

Pegawai Pergigian, Dr. Lim Chia Min sedang menderma darah

Secara keseluruhannya, kerjasama antara anggota kesihatan Klinik Kesihatan Nabawan, Klinik Pergigian Besar Keningau dan penduduk kampung amat memuaskan. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam memberikan kesedaran yang berterusan kepada masyarakat khasnya penduduk di pedalaman Sabah.

Tuesday 11 June 2013

Kem Kesihatan di Kg. Minansut, Bingkor Keningau

Klinik Pergigian Besar Keningau telah menyertai Kem Kesihatan di Kg. Minansut, Bingkor Keningau pada 13 April 2013 anjuran Klinik Kesihatan Bingkor bersama Panel Penasihat Kesihatan Bingkor. Seramai 11 orang penjawat awam Klinik Pergigian Besar Keningau telah menyertai program tersebut .

 Sesi bergambar bersama anggota Panel Penasihat Kesihatan dan kakitangan Klinik
Kesihatan Bingkor.

Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada mereka selain untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan diantara penduduk kampung dengan anggota kesihatan. Sasaran adalah semua penduduk Kg.Minansut, Bingkor dan penduduk kampung yang berdekatan.
       

Ceramah Pergigian

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah pergigian  bertajuk' Kanser Mulut' yang disampaikan oleh Dr. Mark Low Jun Fay serta pemeriksaan gigi secara percuma dan rawatan cabutan gigi. Selain rawatan pergigian, pemeriksaan kesihatan dan ceramah bertajuk 'Thalasemia' dan' Pemakanan Sihat' dari pihak kesihatan juga diadakan.

Pemeriksaan dan rawatan cabutan

Secara keseluruhannya, kerjasama antara pihak Klinik Kesihatan Bingkor, Klinik Pergigian Besar Keningau dan penduduk kampung adalah sangat memuaskan dalam menjayakan Kem Kesihatan ini.