Friday 14 June 2013

Kem Kesihatan 'I Want Sihat' di Kg. Lima Nabawan

 Klinik Pergigian Besar Keningau telah dijemput untuk  menjayakan Kem Kesihatan 'I Want Sihat' anjuran Klinik Kesihatan Nabawan yang diadakan di Mini Dewan 1 Malaysia Kg. Lima, Nabawan pada 26 April 2013. Seramai 5 orang penjawat awam Klinik Pergiian Besar Keningau telah menyertai program tersebut.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung akan kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan sihat selain mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan diantara penduduk kampung dengan anggota kesihatan.


Antara aktiviti yang dijalankan oleh Klinik Kesihatan Nabawan ialah ceramah, pameran, menderma darah dan pemeriksaan kesihatan. Klinik Pergigian Besar Keningau pula mengadakan pameran, pemeriksaan dan rawatan cabutan gigi secara percuma. Kem 'I Want Sihat ' ini telah dirasmikan oleh ADUN Nabawan iaitu YB Datuk Bobby Suan. Pegawai pergigian, Dr. Lim Chia Min tidak melepaskan peluang untuk menderma darah selepas pemeriksaan dan rawatan cabutan selesai.



 YB Datuk Bobby Suan, ADUN Nabawan memberi ucapan perasmian

Sesi Pendaftaran sebelum pemeriksaan gigi dijalankan.

Rawatan cabutan 

Pegawai Pergigian, Dr. Lim Chia Min sedang menderma darah

Secara keseluruhannya, kerjasama antara anggota kesihatan Klinik Kesihatan Nabawan, Klinik Pergigian Besar Keningau dan penduduk kampung amat memuaskan. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam memberikan kesedaran yang berterusan kepada masyarakat khasnya penduduk di pedalaman Sabah.

No comments:

Post a Comment